Temasya Sukan Olimpik membuka gelanggang dengan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Wooi Yik turun dalam aksi pertama peringkat kumpulan berdepan wakil Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy.
Aaron-Wooi Yik telah diundi di dalam kumpulan A bersama jaguh nombor satu dunia, Liang Weikeng-Wang Chang dan Ben Lane-Sean Vendy dari Great Britain selain pasangan Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura.
Bagi aksi pertama, wakil negara akan berdepan tentangan dari Ben Lane-Sean Vendy sementara Weikeng-Wang Chang akan bertemu Adam Dong-Nyl Yakura dalam satu lagi aksi kumpulan A.
Rekod pertemuan menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 ini memiliki sedikit kelebihan setelah merakamkan empat kemenangan dalam lima aksi terdahulu menentang Lane-Vendy.
Walau bagaimanapun, pertemuan terakhir kedua-dua pasangan ini dimenangi oleh Lane-Vendy di peringkat separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 dengan keputusan 18-21, 21-17, 21-4.
Barisan Atlet Badminton Malaysia Di Sukan Olimpik (27 Julai)
Selain Aaron-Wooi Yik, 2 lagi wakil badminton negara akan turun pada 27 Julai bagi aksi pertama peringkat kumpulan iaitu Pearly Tan-M. Thinaah dalam beregu wanita dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bagi acara beregu campuran.
Info Siaran Langsung Aaron Chia-Wooi Yik vs Ben Lane-Sean Vendy
Tarikh: 27 Julai 2024 (Sabtu).
Masa: 4.10 petang waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.