Ads
Olimpik 2024: Aaron Chia & Wooi Yik Hadapi Cabaran Beregu Pertama Dunia
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal berdepan cabaran getir dalam acara badminton Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik menjadi antara sandaran emas kontinjen negara di Paris. Ini selepas mereka meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2020.

Advertisements

Selepas sesi undian membabitkan beregu lelaki ditangguhkan pada 12 Julai lalu, sesi undian kali ini menyaksikan 17 regu dipecahkan kepada empat kumpulan.

Advertisements
Advertisements

Aaron-Wooi Yik berada dalam Kumpulan A bersama beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng dan Wang Chang. Sementara Ben Lane-Sean Vendy (Great Britain) dan Dong Adam Xingyu-Nyl Yakura (Kanada) melengkapkan cabaran Kumpulan A.

Undian beregu lelaki untuk Sukan Olimpik 2024 kali ini berbeza kerana satu kumpulan mengandungi lima beregu lelaki. Perkara ini berlaku selepas beregu lelaki Perancis, Lucas Corvee-Ronan Labar layak selepas membawa kes mereka ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland.

Advertisements

CAS kemudiannya membuat penghakiman bahawa Corvee dan Labar patut dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik 2024. Ini menyebabkan ada 17 beregu lelaki bersaing dalam temasya kali ini.

Kumpulan D mengandungi lima beregu lelaki terdiri daripada pilihan kedua kejohanan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dan satu lagi regu China, Liu Yuchen-Ou Xuangyi.

Sementara Lee Yang-Wang Chi-lin (Chinese Taipei), Takuro Hoki-Yugo Kobayashi (Jepun) dan Vinson Chiu-Joshua Yuan (Amerika Syarikat) melengkapkan senarai regu Kumpulan D.

Advertisements

Acara badminton bagi Sukan Olimpik Paris 2024 ini bakal membuka tirai bermula 27 Julai hingga 5 Ogos hadapan di La Chapelle Arena.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram