Ads
RM1 Juta Menanti Aaron Chia & Wooi Yik Jika Raih Emas Di Olimpik
UltraSukan
Olympic Malaysia

Habuan besar bernilai RM1 juta bakal diraih Aaron Chia dan Soh Wooi Yik seandainya berjaya membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024.

Advertisements

Pasangan nombor satu negara itu akan membawa cabaran Malaysia ke Paris nanti dalam sektor beregu lelaki bersama 4 lagi wakil badminton yang terdiri daripada empat acara yang berbeza.

Advertisements

Bagi menyuntik semangat Aaron-Wooi Yik, satu habuan wang tunai sebanyak RM1 juta telah diumumkan oleh pihak Senheng buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu.

Advertisements
Advertisements

Perkara ini diumumkan oleh Pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Senheng menerusi satu kenyataan di Facebook yang menjanjikan wang tunai RM1 juta bgi atlet badminton negara yang berjaya membawa pulang pingat emas nanti.

“Encik Lim Kim Heng, pengerusi dan pengasas Senheng, berbesar hati untuk menganjarkan RM1 juta kepada 3 atlet badminton luar biasa kami jika mereka membawa pulang Pingat Emas untuk Malaysia pada Sukan Olimpik yang akan datang.”

Advertisements

Selain Aaron dan Wooi Yik, seorang lagi pemain negara, Chen Tang Jie yang beraksi dalam acara beregu campuran juga dijanjikan habuan yang sama memandangkan mereka bertiga dilatih di bawah program kerjasama Senheng.

“Atlet yang luar biasa ini adalah Aaron Chia, Soh Wooi Yik, dan Chen Tang Jie yang telah dipupuk dan dilatih di bawah Program Biasiswa Bakat Badminton Junior Senheng-Samsung (SS) dari 2012 hingga 2016.”

“Kami amat berbangga dengan perjalanan dan pencapaian mereka, yang berdiri sebagai bukti dedikasi dan semangat perjuangan negara kita.”

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Hannah Yeoh, ganjaran dari syarikat swasta ini adalah platform dari kerajaan untuk pihak luar memainkan peranan menjayakan misi pingat emas buat negara.

”Saya rasa kami telah memberikan platform untuk sektor swasta sama-sama memainkan peranan bagi memberikan ganjaran buat para atlet dalam misi membawa balik pingat emas,” katanya kepada Astro Arena.

Dalam temasya Sukan Olimpik nanti, Aaron Chia-Soh Wooi Yik telah diundi di dalam kumpulan A bersama pasangan nombor satu dunia dari China serta wakil dari Great Britain dan Kanada.

Manakala Chen Tang Jie yang berpasangan dengan Toh Eei Wei dalam acara beregu campuran berada di kumpulan D bersama-sama jaguh dari China, Amerika Syarikat dan juga Singapura.

Advertisements

Acara badminton bagi Sukan Olimpik Paris 2024 ini bakal membuka tirai bermula 27 Julai hingga 5 Ogos hadapan di La Chapelle Arena dengan lima wakil hebat dari Malaysia akan turun bagi merealisasikan impian merangkul emas pertama buat negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram