Siaran Langsung Badminton Olimpik: Lee Zii Jia vs Pablo Abian (Live Streaming)
MakanBola
Olympics Council of Malaysia
Sponsors

Aksi tumpuan badminton Olimpik pada Rabu adalah pertemuan antara jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia vs Pablo Abian dari Sepanyol.

Setelah mencatatkan kemenangan di aksi pertama ke atas Viren Nettasinghe Ahad lalu, Zii Jia bakal turun dalam aksi kedua kumpulan G bagi mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati pada Rabu.

Ad

Menurut Zii Jia, lawan sebelum ini memberikan saingan yang baik buatnya dan ini bagaikan petanda buat beliau supaya sentiasa bersedia dengan persiapan rapi agar tidak dikecewakan dalam aksi selepas ini.

”Saya rasa dia (Viren Nettasinghe) pun bukanlah lawan yang mudah untuk bermain dan untuk berada di Olimpik ini sudah pasti dia antara pemain terbaik di negaranya,” kata Zii Jia kepada Shahrazad Sani.

Ad

“Apa-apa pun boleh berlaku, saya mungkin dikecewakan selepas ini, kita tak tahu apa akan berlaku tetapi saya masih perlu melakukan persiapan dan pastikan semuanya bersedia di atas gelanggang.”

Ad

Pemain di ranking ke-63 dunia, Pablo Abian akan menjadi lawan Zii Jia dengan wakil Sepanyol ini turut merekodkan kemenangan ke atas Nettasinghe untuk berkongsi 3 mata bersama jaguh negara.

Ad

Rekod Pertemuan Lee Zii Jia vs Pablo Abian

Lee Zii Jia dan Pablo Abian hanya bertemu sekali sahaja sepanjang karier dengan aksi tunggal tersebut dimenangi oleh pemain kelahiran Kedah ini 21-11, 21-23, 24-22 di Hylo Open 2021.

Kini, pertemuan kedua antara kedua-dua pemain ini akan berlangsung di Kota Paris dengan Zii Jia turun selaku pilihan ramai untuk merekodkan kemenangan sekali lagi ke atas wakil Sepanyol ini.

Info Siaran Langsung Lee Zii Jia vs Pablo Abian

Tarikh: 31 Julai 2024 (Rabu).
Masa: 8.50 malam waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.