Advertising
Siaran Langsung Badminton Olimpik: Pearly Tan-M. Thinaah vs Apriyani Rahayu-Siti Fadia (Live Streaming)
MakanBola
BWF

Aksi tumpuan bagi sukan badminton di temasya Olimpik pada Selasa menyaksikan Pearly Tan-M. Thinaah turun berdepan wakil Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva.

Pearly-Thinaah membuka saingan di Paris dengan tewas melawan di tangan beregu nombor satu dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan sebelum menundukkan pasangan Jepun di aksi kedua.

Kemenangan ke atas Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara Ahad lalu menghidupkan peluang untuk wakil negara ini mara dengan syarat wajib meraih kemenangan dalam aksi terakhir berdepan beregu Indonesia.

Ad

”Ada 1 lagi perlawanan (menentang pasangan Indonesia), jadi kita perlu kekal merendah diri dan fokus,” ujar Pearly kepada Persekutuan Badminton Dunia.

Ad

“Kami sangat menyokong antara satu sama lain. Jika salah seorang hilang semangat, maka seorang lagi akan berikan motivasi,” tambah anak jati Kedah itu usai perlawanan.

Rekod Pertemuan Pearly Tan-M. Thinaah vs Apriyani Rahayu-Siti Fadia

Ad

Perlawanan terakhir menentang Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva bakal menjadi penentu nasib Pearly-Thinaah dengan rekod pertemuan lalu menyaksikan kedua-dua pasangan terikat 3-3.

Walau bagaimanapun, pertemuan terakhir membabitkan Pearly-Thinaah dan Apriyani-Siti Fadia di Indonesia Open lalu dimenangi oleh wakil negara ini dengan keputusan 21-18, 21-19.

Info Siaran Langsung Pearly Tan-M. Thinaah vs Apriyani Rahayu-Siti Fadia

Tarikh: 30 Julai 2024 (Selasa).
Masa: 4.10 petang.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.