Aksi tumpuan separuh akhir Sukan Olimpik 2024 bakal menemukan regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah dan regu nombor satu dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan.
Pearly-Thinaah melakar sejarah apabila menjadi regu wanita pertama Malaysia yang layak ke separuh akhir Sukan Olimpik. Kejayaan ini dilakar dengan menewaskan regu nombor dua Korea Selatan, Kim So-yeong dan Kong Hee-yong.
Kini, Qing Chen dan Yi Fan menjadi penghalang antara regu negara dan pentas final Sukan Olimpik 2024. Regu China itu mara ke separuh akhir selepas menewaskan Gabriela dan Stefani Stoeva dengan keputusan 21-15 dan 21-8.
Ini kali kedua Pearly-Thinaah berentap dengan Qing Chen-Yi Fan di pentas Olimpik selepas kedua-duanya berentap di peringkat kumpulan.
Rekod Pertemuan Pearly Tan-Thinaah vs Chen Qing Chen-Jia Yi Fan
Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada juara Indonesia Open 2024 itu dengan tujuh kemenangan daripada lapan perlawanan. Ini termasuk kemenangan dalam Kumpulan A di mana Qing Chen-Yi Fan menewaskan Pearly-Thinaah 21-17, 22-20.
Regu negara masih berpeluang untuk mengatasi juara French Open 2024 itu. Ini kerana Pearly-Thinaah pernah menewaskan Qing Chen-Yi Fan dalam saingan All England 2024 dengan keputusan 22-20, 21-16.
Info Siaran Langsung Pearly Tan-Thinaah vs Chen Qing Chen-Jia Yi Fan
Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat).
Masa: 2.30 petang waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.