Siaran Langsung Badminton Olimpik: Pearly Tan-Thinaah vs Nami Matsuyama-Chiharu Shida (Live Streaming)
MakanBola
Olympic Malaysia
Sponsors

Aksi tumpuan penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 bakal menemukan regu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah dengan wakil Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.

Hajat kedua-dua beregu untuk layak ke final tidak kesampaian apabila langkah mereka disekat dua wakil China di peringkat separuh akhir.

Ad

Pearly-Thinaah yang berstatus regu wanita ke-12 dunia terpaksa akur dengan kehandalan regu nombor satu dunia, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan. Qing Chen-Yi Fan meraih kemenangan dengan keputusan 12-21, 21-18, 15-21.

Ad

Sementara Matsuyama-Shida pula dikecewakan satu lagi wakil, Liu Sheng Shu-Tan Ning dengan keputusan 21-16, 21-19. Perlawanan ini berlangsung selama 56 minit.

Kedua-dua beregu kini mensasarkan untuk meraih pingat pertama Olimpik dalam karier mereka sebagai pemain badminton.

Ad

Rekod Pertemuan Pearly Tan-Thinaah vs Nami Matsuyama-Chiharu Shida

Rekod pertemuan lalu menyaksikan Matsuyama dan Shida memiliki kelebihan ke atas Pearly-Thinaah dengan sembilan kemenangan daripada 10 perlawanan lepas.

Ad

Kali terakhir kedua-dua beregu bertemu ialah saingan India Open 2024. Matsuyama-Shida menewaskan Pearly-Thinaah dalam pusingan kedua dengan kejohanan dengan keputusan 21-16, 21-13.

Ad

Beregu negara masih berpeluang mengalahkan mereka kerana pernah melakukannya dalam saingan French Open 2022. Pearly-Thinaah menang dengan keputusan 15-21, 21-14, 21-14.

Info Siaran Langsung Pearly Tan-Thinaah vs Nami Matsuyama-Chiharu Shida

Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu).
Masa: 9.00 malam waktu tempatan.
Venue: Arena De Chapelle, Paris, Perancis.
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik.

Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.