Selepas Sepanyol layak ke pentas final EURO 2024, satu lagi aksi separuh akhir bakal menemukan dua pasukan gergasi Eropah, Belanda dan England.
Oranje dan The Three Lions tampil di pentas separuh akhir dengan prestasi berbeza. Belanda yang dibimbing Ronald Koeman mara selepas menewaskan Turkiye 2-1 di pentas suku akhir.
Sementara England yang dibimbing Gareth Southgate pula terpaksa bergantung kepada penentuan sepakan penalti untuk mengatasi cabaran Switzerland.
Meskipun diganggu dengan masalah pengangkutan, Belanda dijangka menurunkan skuad terbaik untuk memburu tiket final buat kali pertama sejak 1988.
Manakala England pula berharap dapat mara ke final untuk menebus kekecewaan final edisi 2020. Final edisi tersebut menyaksikan The Three Lions dikecewakan Itali di pentas final.
Kesebelasan Utama Belanda vs England
Info Siaran Langsung Belanda vs England
Tarikh: 11 Julai 2024 (Khamis)
Masa: 3 Pagi.
Venue: Signal Iduna Park, Dortmund, Jerman.
Siaran Langsung: SPOTV Now
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.