Aksi ketiga Liga A1 Semi Pro bakal menyaksikan pertembungan antara juara liga edisi 2023, Imigresen FC dengan Machan FC pada 22 Jun.
Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza. Machan berharap dapat mengutip tiga mata pertama untuk musim 2024/25 selepas tewas 1-0 kepada Manjung City pada 8 Jun lalu.
Manakala Imigresen pula mahu meneruskan rekod kemenangan 100% selepas berjaya menewaskan UiTM United dan Harini FT.
Cabaran Machan dijangka digalas oleh penyerang veteran, Ashri Chuchu. Manakala penyerang import Nigeria, ThankGod Michael pula diberi kepercayaan mengetuai serangan Imigresen.
Kesebelasan Utama Imigresen vs Machan
Senarai kesebelasan utama akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Imigresen vs Machan
Tarikh: 22 Jun 2024 (Sabtu).
Masa: 4.45 Petang.
Venue: Stadium UKM, Bangi.
Siaran Langsung: MYTV Mana-Mana
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.