Aksi minggu ketiga Liga A1 Semi Pro bakal menemukan KL Rovers FC dan Manjung City FC.
Kedua-dua pasukan hadir dengan rekod kemenangan 100% dalam liga setakat ini. KL Rovers meraih enam mata selepas menewaskan Armed Forces FC dan UiTM United FC.
Sementara Manjung City yang dibimbing Rafae Isa pula merekodkan kemenangan ke atas YPM FC dan Machan City FC.
Perlawanan ini dilihat peluang buat Manjung City untuk membalas dendam. Ini selepas pasukan itu tewas kepada KL Rovers dalam aksi liga musim 2023 pada 23 Jun 2023.
Rafie Mat Yaacob dijangka mengetuai jentera serangan KL Rovers. Sementara Muazzim Abd Khalil dan Muhamad Sobri Mohamad Hasri dijangka menjadi sandaran Manjung City.
Kesebelasan Utama KL Rovers vs Manjung City
Senarai kesebelasan utama akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Imigresen vs Machan
Tarikh: 23 Jun 2024 (Ahad).
Masa: 4.45 Petang.
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: MYTV Mana-Mana
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.