Aksi Liga Super minggu keempat melibatkan perlawanan di antara Negeri Sembilan dan juga KL City akan berlangsung pada Jumaat di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Kedua-dua pasukan turun dengan misi mahu pamer kebangkitan setelah dikecewakan lawan masing-masing minggu lalu sekaligus kempunan untuk mara lebih jauh dalam kempen Piala FA.
Negeri Sembilan tumpas di tangan Selangor di Kelana Jaya pada Sabtu lalu hasil dua gol daripada dua pemain import tuan rumah, Yohandry Orozco dan Alvin Fortes untuk meranapkan impian skuad Rusa mara ke suku akhir.
Sementara itu, KL City pula terpaksa akur tumbang 2-3 di laman sendiri menerusi jaringan kemenangan lewat dari pemain Kuching City, Zahrul Nizwan meskipun tampil cemerlang memimpin permainan dua kali di separuh masa pertama.
Kali terakhir Negeri Sembilan dan KL City bertemu ketika perlawanan Piala Menteri Wilayah 2024 yang menyaksikan The City Boys meraih kemenangan tipis 2-1 hasil jaringan Zhafri Yahya dan Paulo Josue manakala gol saguhati Jang disumbang oleh Javabilaarivin.
Kesebelasan Utama Negeri Sembilan vs KL City
Senarai kesebelasan utama akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Negeri Sembilan vs KL City
Tarikh: 21 Jun 2024 (Jumaat).
Masa: 8:15 Malam.
Venue: Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.