Pra-Musim: KL City Tundukkan Negeri Sembilan Dengan 10 Pemain
Persahabatan
KL City FC
Advertisements

Aksi pra-musim Liga Malaysia 2024 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City dan Negeri Sembilan. 

Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada KL City. Aksi ini juga merupakan perlawanan pertama bagi menguji Sistem VAR yang bakal digunakan dalam Liga Malaysia tahun ini. 

Aksi di separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-1. KL City terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi sayap kanan, Zhafri Yahya dengan satu rembatan untuk gol pertama perlawanan. 

Advertisements

Pada minit ke-37 permainan, pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat anak buah Miroslav Kuljanac. Pertahanan Negeri Sembilan, Che Rasid dikesan mengasari Patrick Reichelt. Kapten KL City, Paulo Josue mudah menyempurnakan sepakan tersebut untuk gol kedua pasukan. 

Sebelum aksi di babak separuh masa pertama tamat, Negeri Sembilan hadir menerusi Javabilaarivin untuk gol pertama pasukan sekaligus merapatkan jurang jaringan.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, pengendali Skuad Jang, Azzmi Aziz membuat dua pertukaran pemain bagi mengukuhkan barisan serangan dalam usaha mencari gol penyamaan.

Advertisements

KL City dilihat lebih mendominasi dan selesa mengawal permainan berbanding pasukan lawan. The City Boys tak henti menyerang dan beberapa kali hadir untuk memburu gol tambahan. Namun usaha itu tidak membuahkan hasil hingga tamat permainan.

Pada minit ke-79 permainan, rekrut terbaru KL City, Brendan Gan dilayankan kad merah oleh pengadil perlawanan. Layangan itu memaksa KL City beraksi dengan 10 orang pemain hingga wisel penamat dibunyikan.

Aksi pra-musim di Stadium Cheras berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan tuan rumah, KL City dengan keputusan 2-1. KL City menyandang status sebagai juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram