Perlawanan pembukaan Liga Super musim 2024/25 antara PDRM FC dengan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal mencuri perhatian penyokong.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Selayang itu bukan saja memberi peluang kepada kedua-dua pasukan meraih kemenangan pertama musim ini.
Malah, ini peluang buat The Cops membalas dendam selepas tewas 2-0 kepada lawan sama pada 9 Julai 2023.
Berdasarkan statistik 10 perlawanan terakhir, kelebihan memihak kepada Sang Kenari. Ini kerana pasukan itu memiliki rekod enam kemenangan daripada 10 perlawanan ke atas PDRM.
Kedah hanya tewas dua kali kepada PDRM dengan dua lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri.
Perlawanan ini turut menemukan kembali Kedah dengan bekas tonggak import mereka, Ifedayo Olusegun. Ifedayo yang kini mewakili PDRM merupakan penjaring terbanyak Sang Kenari musim lepas dengan 12 gol.
Kesebelasan Utama PDRM vs Kedah
Info Siaran Langsung Indonesia vs Guinea
Tarikh: 11 Mei 2024 (Sabtu)
Masa: 5.30 Petang
Venue: Stadium Selayang
Siaran Langsung: TV Okey & Sukan RTM