Aksi Piala Sultan Selangor 2024 bakal menemukan antara Pilihan Selangor vs Singapura.
Pengerusi dan pengurus pasukan TSSC Tan Sri Abd Karim Munisar berkata, perlawanan itu bakal menjadi acara sulung di Stadium Merdeka selepas ia ditutup selama lapan tahun bagi kerja baik pulih.
“Perlawanan ini akan menjadi hari pertama Stadium Merdeka kembali dibuka kepada awam selepas ia melalui proses baik pulih sejak 2016. Jadi kita sama-sama akan catat sejarah.
“Setakat ini semua tiket juga sudah habis dijual, tiada lagi tiket berbaki. Untuk Singapura kita hanya peruntukkan 1,500 tiket sahaja,” katanya pada sidang media.
Semua 20,000 tiket perlawanan Piala Sultan Selangor (TSSC) melibatkan aksi Selangor dan Singapura pada 17 Ogos ini berjaya terjual.
Kesebelasan Utama Selangor vs Singapura
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Selangor vs Singapura
Tarikh: 17 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 9 Malam
Venue: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: TV Okey dan Sukan RTM.
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.