Perlawanan pertama peringkat kumpulan D Thomas Cup menyaksikan pertembungan Malaysia dan Hong Kong di gelanggang dua pada pagi Sabtu.
Skuad badminton negara dijangka bakal menurunkan barisan terkuat bagi merealisasikan impian meraih kemenangan pertama di peringkat kumpulan agar perjalanan mara ke suku akhir selepas ini lebih mudah.
Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan bintang muda, Justin Hoh berkemungkinan besar akan dipertaruhkan oleh barisan kejurulatihan negara untuk mendapatkan mata dalam saingan perseorangan lelaki meskipun perlu mengatasi cabaran sukar para pemain perseorangan Hong Kong.
Manakala bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan naib juara Kejohanan Badminton Asia (BAC), Nur Izzuddin-Goh Sze Fei diramalkan bakal diberi kepercayaan dalam saingan beregu lelaki yang dilihat memiliki peluang yang cerah berbanding beregu lawan.
Hong Kong yang dibimbing oleh bekas jurulatih perseorangan negara, Wong Choong Hann pula pastinya memiliki ramuan tersendiri bagi mengecewakan skuad negara berbekalkan pengalamannya membentuk dan membimbing pemain-pemain negara sebelum ini.
Dua pemain perseorangan Hong Kong iaitu Lee Cheuk Yiu dan Angus Ng Ka Long pastinya menjadi halangan terbesar skuad negara berdasarkan rekod pertemuan dan prestasi semasa yang mungkin bakal menggugat peluang Malaysia.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Hong Kong
Info Siaran Langsung Malaysia vs Hong Kong
Tarikh: 27 April 2024 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Venue: High Technology Zone Sports Center, Chengdu, China
Siaran Langsung: Astro Arena dan RTM Klik
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.