Sikh Izhan Tangguh Hasrat Beraksi Di Sepanyol
Dunia
Instagram: @selangorfc
Advertisements

Penjaga gol muda berpotensi Selangor, Sikh Izhan dikhabarkan bakal menangguhkan sesi percubaannya bersama kelab divisyen 2 Sepanyol iaitu CF Fuenlabrada.

Menurut satu kenyataan oleh wartawan Astro Arena, Zulhilmi Zainal Azam, Sikh bakal menangguhkan hasratnya itu terlebih dahulu buat sementara waktu.

Hal ini berikutan, beliau akan menyertai skuad bawah 20 tahun negara bagi menjalani latihan seterusnya beraksi dalam kelayakan Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung di Uzbekistan.

Advertisements

Penjaga gol berusia 20 tahun itu difahamkan akan ke Sepanyol bagi menjalani sesi ‘trial’ bersama kelab tersebut selepas tugasannya bersama skuad bawah 20 tahun negara selesai.

Pemain kelahiran Seberang Jaya, Pulau Pinang ini sedang menikmati musim cemerlangnya bersama pasukan utama Selangor mahupun Selangor 2 apabila berjaya mencatatkan rekod 5 perlawanan tanpa bolos pada musim ini.

Dengan usianya yang masih muda, potensi beliau pastinya ingin dikembangkan untuk terus menabur bakti bagi membantu skuad negara pada masa akan datang.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram