Advertisement
Sinar Baharu Pemain Warisan Eropah Harimau Malaya
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Sinar baharu pemain warisan Eropah bakal menjelma buat Harimau Malaya.

Baru-baru ini, kem skuad negara dipalit dengan penafian tiga pemain luar negara iaitu Josh Browhill, Isaac Hayden dan juga Iggy Houben tentang pertalian dengan Malaysia.

Khabar tersebut diubati dengan pelantikan individu hebat yang bakal memacu Harimau Malaya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu iaitu Rob Friend dari Kanada.

Pengalaman luas dan jaringan antarbangsa yang dimiliki dijangka bakal membentuk acuan terbaik untuk membantu kegemilangan Harimau Malaya.

“Beliau ialah menjadi salah seorang pengasas bersama liga bola sepak profesional Kanada, Canadian Premier League (CPL) dan berjaya meningkatkan nilai liga tersebut dari AS$0 sehingga AS$300 juta dalam tempoh enam tahun.

“Rob Friend juga pernah menerajui kepimpinan tertinggi pengurusan dan pentadbiran dua kelab yang beraksi di CPL iaitu sebagai CEO dan pengasas bersama Pacific FC dari 2019 hingga 2022 serta sebagai Presiden dan pengasas bersama Vancouver FC dari 2022 hingga kini,” ujar kenyataan FAM.

Jaringan antarabangsa yang dimiliki oleh Rob Friend dijangka bakal memanfaatkan skuad kebangsaan terutamanya bagi membantu meningkatkan prestasi semasa.

Namun begitu, Malaysia masih memiliki pilihan pemain warisan selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidjn Mohd Amin mengesahkan bahawa Wan Kuzain Wan Kamal bakal memperoleh pasport untuk mewakili Malaysia.

“Sepatutnya kali ini (Pestabola Merdeka), Wan Kuzain dah sertai kem Malaysia. Beliau telah menghubungi saya beberapa bulan lalu namun nasib tidak baik kerana Wan Kuzain sedang cedera.

“InsyaAllah selepas pulih dari kecederaan, beliau akan datang, dapat pasport dan bermain untuk Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di Wisma FAM.

Ujian pertama skuad kebangsaan adalah aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada Mac ini.