Skuad Thailand Bawah 20 Tahun (B-20) berkongsi nasib serupa dengan negara serantau, Indonesia dalam saingan Piala Asia B-20 2025.
Ini kerana skuad muda Thailand yang dibimbing Emerson Pereira tersingkir daripada kejohanan itu. Ini selepas skuad Gajah Perang tewas 4-1 kepada Korea Selatan.
Yotsakorn Burapha meletakkan Thailand di hadapan pada minit ke-23. Keceriaan pasukan Asia Tenggara itu hanya bertahan selama sembilan minit apabila Yoon Do-young menyamakan kedudukan untuk Korea Selatan.
Separuh masa kedua jelas dikuasai pasukan gergasi Asia itu. Dua gol Kim Tae-woo dan gol Park Seung-soo memastikan Korea Selatan meraih kemenangan 4-1.
Keputusan ini menyaksikan Korea Selatan menerajui Kumpulan D dengan enam mata. Ini membolehkan mereka mara ke peringkat suku akhir.
Thailand senasib dengan Indonesia bukan saja kerana gagal layak ke peringkat suku akhir. Malah, kedua-dua pasukan itu belum merekodkan sebarang mata dalam Piala Asia B-20 2025.
Keadaan ini menyaksikan Thailand bakal berentap dengan Syria untuk aksi terakhir kumpulan pada 20 Februari. Ini juga peluang terakhir buat anak buah Pereira meraih kemenangan dalam Piala Asia B-20 2025.
xD