Skuad Muda Thailand Tewas Mengejut Kepada Myanmar
MakanBola
Changsuek

Hasrat Thailand Bawah 17 Tahun (B-17) mara ke separuh akhir Kejuaraan B-17 ASEAN lebih awal lebur apabila tewas 1-0 kepada Myanmar.

Thailand sedar satu lagi kemenangan sudah cukup untuk membawa pasukan itu mara ke peringkat separuh akhir.

Meskipun begitu, Myanmar memberi tentangan sengit kepada Thailand sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, kedua-dua pasukan terus berusaha untuk memecah kebuntuan. Aung Thi Ha menceriakan kem Myanmar dengan gol pada minit ke-53.

Gol tersebut sudah cukup melonjakkan Myanmar ke tangga kedua Kumpulan A dengan empat mata. Laos pula menerajui kumpulan dengan mata sama tetapi memiliki kelebihan jaringan.

Ini selepas pasukan itu menewaskan Filipina 4-3 dalam satu lagi aksi kumpulan. Thailand kini perlu menang ke atas Laos jika mahu mara ke peringkat separuh akhir.