Rasmi: SNBJ Jadi Venue Final Piala FA Antara JDT & Terengganu
MakanBola
Berita Harian

Teka-teki mengenai venue Piala FA seperti yang sering disoal di laman sosial akhirnya terjawab pada hari ini.

Menerusi satu kenyataan oleh Malaysian Football League (MFL) hari ini, perlawanan yang melibatkan pertembungan dua gergasi bola sepak Malaysia ini bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

SNBJ telah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2022 di antara Terengganu FC (TFC) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan berlangsung pada 10 September ini jam 9.00 malam.

Menurut penjelasan oleh MFL, pemilihan venue ini juga adalah disebabkan  permohonan MFL untuk menggunakan SNBJ mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) hari ini.

Malah, sebelum ini, MFL serta pihak pengurusan TFC dan JDT sudah pun membuat pemeriksaan secaar teliti mengenai keadaan padang stadium itu sebelum mencapai kata sepakat untuk melangsungkan bagi final edisi ke-32 Piala FA.

Sungguhpun sebelum ini terdapat pengumuman oleh PSM berkenaan penutupan SNBJ bagi sebarang aktiviti bola sepak bagi kerja-kerja penyelenggaraan termasuk baik pulih padang, namun  selepas perbincangan akhirnya keputusan berjaya diraih.

MFL juga amat berterima kasih atas kerjasama pihak PSM yang akhirnya meluluskan permohonan untuk menggunakan SNBJ sebagai gelanggang final Piala FA tahun ini.

Terdapat banyak faktor selain keadaan padang dijadikan keutamaan bagi memilih venue.

Elemen-elemen lain juga menjadi aspek penting yang dinilai seperti kemudahan dan perlindungan untuk penyokong kedua-dua pasukan, akses kepada perkhidmatan awam, ruang yang luas di sekeliling stadium yang akan membolehkan operasi keselamatan untuk puluhan ribu peminat yang akan berada di stadium.

Hal ini juga menjadi sokongan dan bantuan pihak berkuasa tempatan juga diambil kira demi penyokong.

Final ini sudah pasti menjadi tumpuan seluruh peminat tanah air ketika ini.