Advertising
Sokongan Padu Terhadap Palestine Punca Oday Kharoub Datang Ke Malaysia
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Pemain import kelahiran Palestine, Oday Kharoub menjelaskan sebab memilih kelab Malaysia untuk melanjutkan karier sebagai pemain bola sepak.

Oday Kharoub yang menyertai pasukan Pantai Timur, Kelantan Darul Naim FC daripada Hilal Al Quds pada Mac lalu tampil dengan rasa bangga melihat sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh peminat bola sepak tempatan.

Ad

Oday menjelaskan bahawa aura luar biasa dari rakyat Malaysia terhadap negaranya, Palestine yang kini sedang dalam situasi tegang menjadi asbab beliau memilih Malaysia sebagai destinasi untuk melanjutkan kariernya.

Ad

“Saya memilih pasukan ini kerana rakyat Malaysia sangat menyokong perjuangan Palestin,” katanya kepada The Star baru-baru ini.

“Saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa kita masih bebas, terutama berpeluang bermain bola sepak, dan memberitahu dunia seorang warga Palestin beraksi dalam Liga Super Malaysia.”

Ad

“Ramai rakan sepasukan saya, termasuk ketua jurulatih saya, telah meninggal dunia akibat perang di Gaza. Saya di sini untuk mewakili Palestin dengan kemampuan terbaik saya dan juga bermain sepenuh hati untuk rakan-rakan sepasukan saya yang terkorban,” tambahnya lagi.

Ad

Kehadiran Oday yang memiliki 23 kaps bersama skuad kebangsaan Palestine tampak memberi impak yang sempurna buat pasukan bimbingan Park Jae-hong dengan ketenangannya mengemudi bahagian tengah pasukan.

Ad

Dalam empat perlawanan pra-musim, Kelantan Darul Naim berjaya mencatatkan dua kemenangan ke atas Pattani FC dan Negeri Sembilan selain kekalahan tipis 0-1 kepada Pahang dan seri tanpa jaringan menentang Terengganu.

Menurut bekas pemain kebangsaan, Razman Roslan, kelibat tonggak berusia 31 tahun ini bagaikan satu pelengkap yang sempurna buat pasukan bagi membimbing pemain lain yang rata-rata kurang berpengalaman.

“Bagi saya, dia (Oday Kharoub) seorang pemain yang melengkapkan Kelantan Darul Naim kerana kebanyakan pemain lokal untk pasukan ini adalah pemain muda dan boleh dikatakan kurang ternama,” kata Razman dalam segmen Previu Liga Super di Astro Arena.

”Kebiasaannya pemain kurang ternama ini akan bekerja keras untuk pasukan dan kehadiran Oday Kharoub ini bagi saya membantu menggerakkan permainan pasukan Kelantan Darul Naim.”

Oday dan rakan seperjuangan bakal membuka tirai aksi Liga Super musim 2024/2025 pada 11 Mei dengan berdepan satu lagi jaguh Pantai Timur, Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh dengan sepak mula jam sembilan malam.