Aksi Terengganu menentang Kelantan Darul Naim sekadar berakhir dengan keputusan seri antara kedua-dua pasukan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kelantan Darul Naim membariskan kesebelasan utama terbaik dalam aksi menentang Terengganu dengan menurunkan pemain seperti Fazrul Amir, Ghaffar Rahman, Khatul Anuar dan Valdumar.
Skuad Sang Penyu pula menurunkan gandingan Shahrul Nizam dan Ubaidullah Shamsul dibahagian bek tengah manakala Safawi Rasid, Norhakim Hassan dan Ismaheel Akinade pula dibahagian serangan pasukan.
Terengganu terpaksa melupakan khidmat pemain sayap sensasi, Akhyar Rashid yang mengalami detik hitam apabila menjadi mangsa samun sehari sebelum perlawanan.
Kelantan Darul Naim memiliki beberapa siri percubaan menerusi Valdumar namun gagal meraih sebarang gol pada aksi babak pertama.
Terengganu turut mengatur serangan tetapi gagal menguji Khatul Anuar selaku penjaga gol Kelantan Darul Naim sekaligus memaksa aksi babak pertama tamat tanpa sebarang jaringan.
Memasuki babak kedua, Terengganu melakukan beberapa pertukaran dalam mencari gol pertama perlawanan dengan memasukkan Akram Mahinan. Namun pemain tersebut dilayangkan kad kuning pada minit ke-78 apabila melakukan kekasaran ke atas pemain lawan.
Percubaan terbaik muncul dalam 10 minit terakhir buat pasukan Kijang Emas namun percubaan tersebut gagal menewaskan Syed Nasrulhaq.
Perlawanan tamat dengan keputusan seri 0-0 tanpa jaringan antara Terengganu dan Kelantan Darul Naim. Anak buah kendalian Park Jaehong sebelum ini berjaya menewaskan Negeri Sembilan 1-0 manakala Terengganu pula menundukkan Sri Pahang 1-0.