Bintang sensasi Totenham Hotspurs, Son Heung Min telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2021/2022.
Kapten pasukan Korea Selatan ini turut mencipta sejarah apabila menjadi pemain Asia pertama yang memenangi kasut emas. Apa yang lebih menarik, jaringan-jaringan yang dicipta Son sepanjang musim ini tiada satupun yang terhasil menerusi sepakan penalti.
Son Heung-Min dan Mohamad Salah telah berkongsi takhta penjaring terbanyak apabila masing-masing mencatatkan sebanyak 23 gol secara keseluruhannya.
Pada aksi terakhir saingan Liga Perdana Inggeris antara pasukan Totenham Hotspurs dan Norwich City semalam, 2 jaringan Son telah memastikan kemenangan 5-0 berjaya diraih Spurs. Son turut diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.
Son Heung Min telah menjaringkan sebanyak 131 gol dalam kesemua pertandingan sejak menyertai Spurs pada musim 2015/16. Pemain yang berusia 29 tahun itu turut menyumbang kepada 74 bantuan gol serta merekodkan sebanyak 325 penampilan secara keseluruhan ketika bersama Spurs.