Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Pemain berstatus ejen bebas, Sony Norde dilaporkan bakal menyarung jersi hijau kuning bagi saingan liga Malaysia musim 2024/25.

Advertisements

Pemain sayap kelahiran Haiti itu akan memperkuatkan jentera serangan Kedah Darul Aman setelah beraksi buat pasukan Terengganu pada musim lalu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan sukan, T. Avineshwaran di laman media sosial rasmi X miliknya.

Advertisements

Sony Norde yang bakal menjengah usia 35 tahun pada tahun ini mempamerkan aksi yang cemerlang buat Terengganu dalam aksi Piala AFC musim lalu tetapi gagal untuk terus memikat hati ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner.

Sony Norde merekodkan 3 gol serta mencetak 4 bantuan jaringan dalam 6 aksi Piala AFC buat Terengganu malah beliau turut menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Walaupun sudah berusia, prestasi cemerlang Sony Norde menyaksikan beliau berjaya menarik perhatian pasukan Kedah bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan.

Sebelum ini Sony Norde telah membuat keputusan untuk kekal di Malaysia walaupun Terengganu telah mengesahkan tiada kontrak lanjutan buat beliau.

Kehadiran Sony Norde pastinya bakal membantu percaturan serangan Nafuzi Zain bagi mengharungi musim 2024/25 jika perpindahan beliau dapat dimuktamadkan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram