Sony Norde Kekal Di Malaysia Dengan Pasukan Berbeza?
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Selepas meninggalkan Terengganu FC sebagai ejen bebas selepas tamat kempen Liga Super musim 2023, ramai ingin tahu destinasi terbaru Sony Norde.

Kini, pemain sayap Haiti itu berada dalam radar pasukan utara tanah air iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam kepada hos Haji Zainal Abidin Abdul Rawop untuk segmen redONE Keluar Masuk Pemain di Nadi Arena semalam.

Advertisements

Nama pemain berusia 34 tahun itu berada dalam pemerhatian skuad Sang Kenari kerana memiliki pengalaman dan ingin beraksi di bawah bimbingan Nafuzi Zain.

Seandainya perpindahan itu menjadi kenyataan, bisa Norde dijangka ditagih bagi menggantikan pemain sayap Argentina, Manuel Hidalgo.

Advertisements

Ini kerana pemain sayap berusia 24 tahun itu dilaporkan semakin hampir melengkapkan perpindahan ke pasukan lamanya, Sri Pahang FC.

Bagaimanapun, sebarang perancangan untuk membawa masuk pemain baru bergantung kepada isu kewangan yang dihadapi Kedah ketika ini.

Advertisements

Menurut Zulhelmi, perkara tersebut menjadi batu penghalang buat pasukan dari utara tanah air itu untuk membuat sebarang pergerakan dalam pasaran perpindahan ketika ini.

“Apa yang saya nak kongsikan kepada peminat pasukan Kedah ialah masalah (kewangan) itu yang menyebabkan pasukan Kedah tidak dapat membuat satu pengumuman atau menandatangani mana-mana pemain,” katanya.

Advertisements

Isu sama juga dikatakan menyukarkan Sang Kenari untuk mendapatkan dua pemain tempatan iaitu Zamri Pin Ramli dari Negeri Sembilan FC dan Rizal Ghazali (Sabah FC).

Norde telah merekodkan 29 penampilan, sembilan gol dan 13 bantuan gol dalam semua kejohanan pada tahun 2023 mengikut data Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram