Advertising
Spain Masters: Arif Junaidi & Roy King Ke Final, Kejutkan Regu Ke-45 Dunia
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki muda negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King terus melakar kecemerlangan dengan mara ke final Spain Masters 2024.

Arif-Roy King mara selepas mengejutkan regu ke-45 dunia dari Perancis, Christo dan Toma Junior Popov.

Ad

Dari segi ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelebihan memihak kepada Christo-Toma Junior berbanding Arif-Roy King (regu ke-65 dunia).

Ad

Bagaimanapun, itu langsung tidak menggentarkan regu negara sebaik turun ke gelanggang. Segar daripada kejayaan menyingkirkan regu India, Arjun M.R dan Dhruv Kapila di suku akhir, Arif-Roy King tampil garang.

Permainan kemas yang dipamerkan memastikan mereka meraih kemenangan set pertama dengan keputusan 21-17.

Ad

Set kedua menyaksikan Christo-Toma Junior cuba bangkit dengan harapan dapat mengheret perlawanan ke set penentuan.

Ad

Bagaimanapun, Arif-Roy King memanfaatkan setiap kesilapan yang dilakukan regu Perancis itu dengan mengungguli set kedua menerusi keputusan 21-17.

Ad

Mereka bakal berhadapan regu yang menduduki kelompok 40 teratas dunia dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama dan Muhammad Reza Pahlevi Isfahani di pentas final hari ini.