Sri Pahang Bakal Hantar Skuad Adik-Adik Menentang JDT
Dunia
Sri Pahang FC
Advertisements

Pasukan Sri Pahang FC berdepan tugas getir apabila bakal berdepan dengan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Rabu.

Pengendali Sri Pahang, Christophe Gamel berkata barisan pemain muda bakal menjadi sandaran pasukan selepas beberapa pemain utama pasukan tidak dapat bersama pasukan ekoran masalah kecederaan dan penggantungan.

Pemain sayap lincah Malik Mat Ariff menyertai dua pemain import iaitu Johan Martial dan Billy Ketkeophompone dalam senarai kecederaan manakala Muslim Ahmad pula menjalani penggantungan kerana kad merah yang diterima ketika perlawanan menentang Sarawak United. 

Advertisements

“Kita berdepan waktu yang sukar, bertemu pendahulu liga ketika mereka sedang berada pada kemuncak prestasi dan kita pula kehilangan pemain utama dalam masa sama sukar untuk mencari konsistensi. 

“Kamu boleh lihat sendiri apabila kita menang satu perlawanan, perlawanan seterusnya kita tewas atau cicirkan mata kerana kesilapan mudah. Jadi masalah utama saya sekarang adalah melihat siapa yang boleh bermain menentang JDT dan juga menguruskan konsistensi. 

“Saya perlu melihat siapa yang tinggal, kerana saya tidak mempunyai banyak pilihan. Jadi saya akan pergi ke sana dengan satu skuad muda. Anda telah pun tengok ramai pemain muda di bangku simpanan pada perlawanan lalu (menentang Skuad Projek FAM) dan jumlah itu akan bertambah lagi. 

Advertisements

“Saya perlu memberi kepercayaan kepada pemain muda, mereka akan belajar sama ada dengan cara yang baik mahupun sebaliknya saya tidak tahu tetapi semua tahu ini akan menjadi satu perlawanan yang sangat sukar tetapi tiada apa yang mustahil dalam bolasepak,” jelas Gamel kepada Media Sri Pahang.

Sri Pahang kini berada di tangga ke-8 Liga Super dengan memungut tujuh mata selepas tujuh perlawanan yang diharungi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram