UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Selangor FC mengakhiri kempen Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 dengan kekalahan apabila dibelasah Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) 5-0.

Advertisements

Penjaring terbanyak LWN, Kaseh Carlmila Az Zahra membuka tirai jaringan buat SSMP seawal minit keempat.

Siti Zahirah Atirah Idris kemudiannya menggandakan kelebihan SSMP pada minit ke-10. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Selangor yang dibimbing Rosni Abd Hamid berusaha merapatkan jurang dengan pelawat.

Bagaimanapun, SSMP semakin selesa mendahului menerusi pemain gantian, Nur Farisha Azlin Sofea Nor Azri pada minit ke-50.

Advertisements

Skuad Merah Kuning makin derita apabila seorang lagi pemain gantian, Ku Nuwairah Ku Mahadzir menambah gol keempat pada minit ke-65.

Kaseh Carlmila melengkapkan kecemerlangan SSMP menerusi gol kelima pada minit ke-90. Keputusan itu sudah cukup membantu SSMP mengakhiri LWN di tangga keempat.

Dua gol yang dijaringkan Kaseh Carlmila memastikan beliau mengakhiri kempen sebagai penjaring terbanyak liga.

Manakala Selangor pula terpaksa berpuas hati dengan kedudukan terakhir dalam LWN.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram