Stadium Kecoh, Penyokong China Berlakon Jadi Orang Korea
Dunia
THFC_CHO
Advertisements

Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 antara China dan Korea Selatan pada semalam telah dicemari dengan satu insiden dalam kalangan penyokong usai perlawanan.

Pertembungan saingan Kumpulan C yang berlangsung di Stadium Shenzen itu berkesudahan dengan kekalahan diraih pasukan tuan rumah apabila Korea Selatan mencatat kemenangan 3-0.

Menurut perkongsian pengguna di laman X, seorang lelaki China diserang penyokong pasukan China selepas wisel penamat dibunyikan. Ini kerana lelaki tersebut mengenakan pakaian baju kelab Totenham Hotspurs yang mana salah sebuah kelab yang diwakili pemain Korea Selatan.

Advertisements

Lelaki ini turut didakwa dan dikatakan menyokong pasukan Korea Selatan. Menurut tinjauan MakanBola di beberapa ciapan, lelaki itu sebenarnya memakai jaket pada awalnya dan selepas tamat perlawanan, beliau memilih untuk membuka jaket tersebut dan mengenakan jersi Totenham.

Tindakan beliau ini menimbulkan rasa berang dalam kalangan penyokong. Ia mendapat perhatian rata-rata penyokong pasukan China sehinggakan beberapa penyokong bertindak menghalau lelaki tersebut keluar dari stadium.

Advertisements

Situasi tegang ini akhirnya dileraikan pihak berkuasa dan para petugas di stadium. Dua jaringan Son Hyeung Min dan satu gol Jeong Shun Hoon malam semalam memastikan tiga mata penting diraih Korea Selatan di laman lawan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram