Stadium Merdeka Beri Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia
Komuniti
SK Tan
Advertisements

Rakyat Malaysia terutama di Lembah Klang akan tersenyum selepas stadium ikonik iaitu Stadium Merdeka bakal dibuka semula kepada orang awam pada awal tahun hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh CEO PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd (PMVSB), Tengku Ab Aziz Mahmud kepada BERNAMA selepas membuat tinjauan di stadium berkenaan.

“Stadium yang bertemakan penyatuan dan inklusif adalah hasrat Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Stadium Merdeka untuk membawa dan menyatukan semua rakyat Malaysia.

Advertisements

“Lokasi untuk pelari dan pelajar sekolah mencari trek larian yang sesuai dalam bandar tidak jauh dari tempat mereka bekerja atau tinggal.

“Apabila dibuka semula, ia juga akan menjadi tempat penganjuran hari sukan dan kem latihan untuk sekolah, manakala kelab bola sepak boleh mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan di situ,” katanya.

Advertisements

Siap dibina dalam tempoh setahun, ia menjadi saksi pengisytiharan kemerdekaan negara oleh Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957. Ia kemudiannya diikuti dengan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Selain itu, ia juga pernah menjadi lokasi penganjuran kejohanan bola sepak Pestabola Merdeka dan pertarungan tinju antara legenda tinju dunia, Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 1975.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram