Advertising
Stadium Sultan Ibrahim Saksikan Kepulangan Natxo Insa
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa kembali beraksi dalam kancah Liga Super Malaysia 2023.

Selepas terpaksa berehat panjang ekoran kecederaan yang dialami, pemain berusia 37 tahun ini diberi kepercayaan oleh pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari untuk masuk sebagai pemain gantian.

Kepulangan Natxo pastinya menggembirakan hati seluruh peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong Harimau Selatan yang merindukan persembahan berpengalaman bekas pemain Celta Vigo ini.

Ad

Natxo telah dibawa masuk pada minit ke-56 permainan bagi menggantikan Hong Wan. Visi dan ketenangan yang ditagih JDT dilaksanakan Natxo dengan cukup baik apabila JDT tidak dibolosi hingga ke wisel penamat.

Ad

Biarpun kemasukan Natxo tidak memberi sebarang jaringan tambahan, namun kekentalan Natxo dan barisan pertahanan JDT telah memberi tonik tambahan buat pasukan di babak kedua permainan.

Untuk rekod, kali terakhir Natxo beraksi adalah ketika aksi Liga Super melibatkan JDT dan Terengganu pada 9 Jun lalu. Selepas aksi itu, Natxo tidak diturunkan dan baru-baru ini beliau dilihat kembali berada dalam sesi latihan kem Esteban Solari.

Ad

Kini Natxo Insa telah kembali dan pastinya khidmat pemain kacukan Malaysia/Sepanyol ini akan terus ditagih Johor Darul Ta’zim untuk baki aksi Liga Malaysia dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kelak. JDT bakal terbang ke bumi Jepun, berdepan jaguh Jepun, Kawasaki Frontale pada 28 November 2023.