Pertembungan antara wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale menjadi aksi tumpuan Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri ini menyaksikan statisik Kawasaki Frontale amat merisaukan berdepan Harimau Selatan di hadapan kira-kira 35,000 orang penonton.
Menerusi satu analisis terperinci oleh laman JDT Fans, terdapat beberapa faktor yang berpotensi dimanfaatkan oleh pasukan bimbingan Tano Solari ke atas kelab Jepun tersebut.
5 aksi terakhir Kawasaki Frontale menyaksikan pasukan hanya mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan tiga tewas.
Keputusan itu diburukkan lagi dengan rekod 23 gol bolos di tempat lawan dan kebanyakan gol dicatatkan pada 15 minit terakhir permainan.
Kawasaki Frontale juga tidak memiliki keupayaan yang baik untuk melakukan jaringan dari luar kotak penalti selepas merekodkan hanya 4 gol.
Jaguh Jepun ini juga bolos 10 daripada 19 bantuan gol daripada bahagian kanan sekaligus menjadi ruang yang boleh dimanfaatkan oleh JDT.
JDT pula turun berbekalkan rekod amat baik apabila tidak mencatatkan sebarang kekalahan dalam 5 aksi terakhir pasukan.
Pertembungan ini dijangka akan berlangsung pada 19 September 2023 pada jam 8 malam.