Advertisements
Stadium Sultan Ibrahim Bakal Dibanjiri Lebih 35,000 Penyokong
ACL
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kawasaki Frontale dijangka akan dibanjiri lebih 35,000 orang penyokong.

Perlawanan tumpuan itu bakal menyaksikan wakil tunggal Malaysia di pentas berprestij itu mempamerkan persembahan terbaik selepas mengharungi detik cemerlang tahun lalu.

Perkembangan terbaru menyaksikan aksi di Stadium Sultan Ibrahim iaitu gelanggang rasmi JDT bakal dipenuhi oleh lautan penyokong Harimau Selatan.

Keterujaan penyokong dapat disaksikan apabila menyambut baik peluang menonton perlawanan terbaik Asia di Johor.

Berdasarkan kemas kini di Tickethotline, jumlah tiket yang terjual dijangka melepasi angka 30 Ribu dengan kawasan B stadium sahaja berbaki sekaligus memungkinkan angka tersebut mencapai jumlah 35 Ribu menjelang hari perlawanan.

Catatan tertinggi bagi kehadiran musim 2023 adalah 31,889 orang penyokong bagi pertemuan Piala Sumbangsih 2023 berdepan Terengganu pada 24 Februari 2023.

Aksi antara JDT dan Kawasaki Frontale berlangsung pada 19 September 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.