Status 3 Bintang Harimau Malaya Masih Tergantung
MakanBola
Aima/MakanBola
Sponsors

Status tiga pemain bintang Harimau Malaya masih tergantung menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 Jun ini.

Skuad kendalian Kim Pan-gon mengharungi detik sukar selepas tewas dua perlawanan menentang pasukan ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0.

Ad

Tugas berat menanti pasukan negara apabila bakal turun berdepan Kyrgyzstan di laman lawan sebelum pulang menentang Chinese Taipei pada 11 Jun 2024.

Ad

Persiapan pasukan kebangsaan bagaimanapun berdepan liku-liku hebat apabila status tiga pemain negara menjadi tanda tanya.

Pemain sayap negara, Faisal Halim sudah pasti tidak dapat beraksi apabila mengalami kecelakaan selepas disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali.

Ad

Beliau kini menerima rawatan di salah sebuah hospital terkemuka dengan sudah pun menjalani pembedahan ke-4 bagi split skin grafting.

Ad

Tonggak lincah negara, Arif Aiman Hanapi pula difahamkan mengalami kecederaan selepas tidak diturunkan pada aksi kedua Liga Super menentang Negeri Sembilan.

Ad

Kecederaan yang dialami pemain berusia 22 tahun itu dilaporkan tidak serius namun JDT tidak mahu mengambil risiko terhadapnya susulan musim masih lagi panjang.

Seorang lagi pemain yang menjadi kerisauan ialah Akhyar Rashid yang kini sudah mula turun beraksi bersama Terengganu FC.

Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner juga tidak mahu meletakkan beban yang terlalu tinggi kepada pemain berusia 25 tahun itu sambil mahu memberi minit permainan kepadanya.

Kim Pan-gon juga kini rancak menghadiri aksi Liga Super musim ini untuk memantau barisan terbaik bagi panggilan ke kem kebangsaan Jun ini.