Faisal Halim Jalani Pembedahan Ke-4, Berpotensi Pulang Lebih Awal
Liga Super
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim bakal menjalani satu lagi pembedahan pada hari ini sebelum boleh dibawa pulang ke rumah.

Tonggak berusia 26 tahun itu menerima rawatan sejak 5 Mei yang lalu selepas beliau diserang individu misteri dengan cecair yang difahamkan asid.

Beliau ketika ini menerima rawatan di salah sebuah hospital yang terletak di Shah Alam dan sudah pun menjalani beberapa pembedahan.

Advertisements

Menerusi stau kenyataan oleh Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Hazwan Khair berkenaan keadaan Faisal, beliau memaklumkan bahawa pemain itu kini dalam proses pembedahan yang bermula seawal jam 9 pagi.

“Faisal Halim hari ini sedang menjalani pembedahan keempat, dan menurut rancangan pakar bedah, hari ini merupakan proses split skin grafting.

Advertisements

“Faisal kini masih lagi dalam dewan pembedahan yang bermula seawal jam 9 pagi. Perkembangan lanjut kita perlu tunggu 48-72 jam nanti,” jelasnya ketika ditemui media hari ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa perkembangan lain Faisal menunjukkan pemain itu optimis untuk menjalani proses pemulihan sama seperti pesakit lain untuk segera pulih.

Advertisements

“Dia optimistik dan memang seperti pesakit lain, tidak mahu terus kekal dalam hospital,” ujarnya.

Selangor baru-baru ini memulakan kempen Liga Super dengan merekodkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram