Ads
Proses Faisal Halim Pulih Dijangka Berlaku Lebih Cepat Dari Jangkaan
Liga Super
Azri/MakanBola

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim terus menunjukkan perkembangan positif dari segi proses pemulihan yang dilaluinya ketika ini.

Advertisements

Dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim percaya bintang Selangor FC itu akan sembuh lebih cepat daripada jangkaan.

Advertisements

Faisal sebelum ini menjadi mangsa simbahan asid oleh dua individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang baru-baru ini.

Advertisements
Advertisements

Insiden tersebut menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat. Bagi membantu pemulihan Faisal, beliau menjalani beberapa pembedahan termasuk pembedahan alograf kulit.

Meskipun Faisal kelihatan semakin pulih, Adam Adli berharap ruang dapat diberi kepada bintang Harimau Malaya itu untuk fokus kepada pemulihannya.

Advertisements

“Setakat ini lawatan sangat terhad kepada pihak pengurusan beliau dan keluarga, tapi kita berhubung dengan pengurus beliau yang memaklumkan perkembangan positif dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan semalam.

Adam Adli turut menasihati peminat bola sepak agar bersabar dan memberi ruang kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kejadian yang menimpa Faisal.

“Siasatan juga masih dijalankan oleh pihak berkuasa dan semua pihak perlu bersabar menunggu hasil siasatan itu. Kita beri ruang kepada beliau untuk kesembuhan, masih terlalu awal untuk kita takrifkan sebagai pulih sepenuhnya.

“Dari segi siasatan pula kita serahkan kepada pihak berkuasa dan saya pasti mereka akan buat kenyataan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Faisal kini dilaporkan sudah mempunyai selera makan, mampu berkomunikasi dengan lebih jelas dan sudah boleh berjalan.

Advertisements

Dan selepas dipindahkan dari wad Unit Rawatan Rapi (ICU) ke wad biasa, beliau juga mendapat kebenaran doktor untuk berhubung dengan keluarganya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram