Advertisement
Status Khuzaimi Piee Bersama Harimau Malaya Jadi Tanda Tanya
Harimau Malaya
MakanBola
TEAM MALAYSIA

Pertahanan Selangor, Ahmad Khuzaimee Piee dilaporkan mengalami kecederaan menjelang aksi pertama Harimau Malaya di Asean Mitsubishi Electric Cup (AMEC) bertemu Kemboja.

Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan senarai 26 pemain yang bakal menggalas cabaran negara di kejohanan AMEC yang bakal bermula Ahad ini.

Beberapa pemain senior dilihat kembali mendapat tempat di dalam senarai nama di samping kehadiran pemain-pemain muda yang berpotensi besar untuk menyinar bersama skuad negara.

Antara pemain berpengalaman yang kembali menyarung jersi Harimau Malaya adalah Khuzaimi Piee dan juga Danial Amier selain bintang muda seperti Muhammad Abu Khalil dan Daryl Sham.

Walau bagaimanapun, Pau Marti dijangka kehilangan khidmat Khuzaimi Piee yang dilaporkan mengalami kecederaan ketika bersama Selangor bagi menghadapi AFC Champions League 2 (ACL2).

Di dalam senarai kesebelasan utama Selangor berdepan DH Cebu, nama Khuzaimi Piee terpaksa disisihkan oleh jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi akibat kecederaan di bahagian hamstring.

“Tidak tersedia untuk pemilihan: Noor Al-Rawabdeh (ACL), Khuzaimi Piee (Tendon Hamstring), Ruventhiran (Tisu Lembut Kaki Depan), Samuel Somerville (Bursitis Infrapatellar Lutut), Nikola Jambor (Kecederaan Hamstring).”

Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dari mana-mana pihak bagi menjelaskan tahap kecederaan Khuzaimi sama ada bakal terlepas kempen AMEC bersama negara atau pun tidak.

Skuad Harimau Malaya dijadualkan berkumpul pada Jumaat sebelum terbang ke Kemboja bagi menghadapi perlawanan pertama menentang Kemboja pada Ahad, 8 Disember.