Malaysia mempertaruhkan seramai 26 orang pemain bagi menghadapi aksi di ASEAN Mitshubishi Electric Cup 2024.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente kini dalam momentuk cemerlang selepas menundukkan Laos dengan keputusan 3-1 sebelum mengikat pasukan ke-125 dunia, India dengan keputusan 1-1.
Posisi penjaga gol menyaksikan skuad kebangsaan diketuai oleh tonggak Selangor, Kalamullah Al-Hafiz bersama dua lagi rakan iaitu Rahadiazli dan juga Haziq Nadzli.
Barisan pertahanan negara berlakunya perubahan besar selepas beberapa watak baharu dipertaruhkan iaitu Jimmy Raymond, Declan Lambert dan Aiman Hakimi bersama Dominic Tan, Adib Ra’op, Harith Samsuri dan Khuzaimi Piee.
Posisi perancang tengah negara dikemudi oleh Stuart Wilkin, Syamer Kutty, Endrick Dos Santos dan Sergio Aguero bersama muka seperti Daniel Amier dan Muhammad Khalil.
Bahagian serangan Harimau Malaya menyaksikan terdapat watak campuran iaitu antara Paulo Josue, Darren Lok, Haqimi Rosli, Fazrul Amir, Fergus Tierney, Pavithran, Daryl Sham dan juga Najmuddin Akmal.
Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Kemboja, Thailand, Singapura dan juga Timor Leste.
Skuad negara bakal membuka langkah menentang Kemboja pada 8 Disember di Stadium Olimpik, Phnom Penh dalam misi memperbaiki keputusan selepas mara ke pentas separuh akhir pada edisi lalu.