Status Petrus Shitembi Terjawab Penuh Dramatik
MakanBola
Kuching City FC

Status Petrus Shitembi bersama Kuching City FC akhirnya terjawab.

Selepas tamat musim 2025/26, ramai penyokong ingin tahu sama ada bekas pemain perancang Terengganu FC itu akan kekal bersama The Cats atau tidak.

Ini disebabkan nama Shitembi tiada dalam senarai pemain yang diumumkan kekal bersama Kuching City untuk musim 2026/27. Pengurusan kelab kemudiannya memaklumkan mereka semakin hampir mencapai persetujuan dengan beliau.

Kini, Shitembi mengesahkan akan terus kekal bersama The Cats untuk musim ini. Hal ini dinyatakan beliau dalam satu hantaran video yang dikongsikan Kuching City.

“Helo, semua. Terima kasih atas semua mesej (yang dihantar). Jumpa anda semua tidak lama lagi. Moga kita dapat cipta sejarah bersama-sama sekali lagi. Jaga diri dan jumpa lagi,” katanya.

Shitembi menyertai Yuki Tanigawa, James Okwuosa, Ronald Ngah, Ahmed Israiwah, Joao Pedro dan Jerome Mpacko Etame sebagai tonggak import yang dikekalkan Kuching City musim ini.

Kelab turut merekrut Dylan Wenzel-Halls, Ajdin Mujagic, Gabriel Peres dan Kaishu Yamazaki sebagai tonggak import baru untuk musim ini.