Štefan Tarkovič Beri Peringatan Awal Kepada Malaysia Tentang Oman
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Kyrgyzstan, Štefan Tarkovič memberi peringatan awal kepada Malaysia tentang keupayaan sebenar lawan di Kelayakan Piala Dunia 2026 iaitu Oman.

Jurulatih kelahiran Croatia itu terpaksa akur selepas tumpas di tangan Malaysia dengan keputusan 4-3 hasil jaringan saat akhir Faisal Halim pada masa kecederaan.

Beliau juga mengakui Malaysia mempamerkan kebangkitan terbaik untuk meraih tiga mata di laman sendiri.

Advertisements

Namun begitu, sebelum perlawanan antara kedua-dua pasukan berlangsung, beliau ada memberitahu bahawa cabaran mana-mana pasukan dalam kumpulan tidak boleh dipandang rendah.

“Oman sudah pasti menjadi pasukan pilihan dalam kumpulan. Mereka datang dari kumpulan teratas (top tier) dan mereka merupakan pasukan yang memiliki penampilan terbanyak dalam kejohanan ini dan hampir ke Piala Dunia.”

“Apa yang penting adalah kami perlu mengharungi satu cabaran kepada satu cabaran lain kerana semua pasukan sangat sengit. Keputusan pasukan yang mara akan ditentukan pada akhir perlawanan nanti,” jelasnya pada sesi sidang media pra perlawanan.

Advertisements

Harimau Malaya sudah mengumpul tambahan +26.1 mata bagi dua aksi awal pada Kelayakan Piala Dunia 2026 dan melonjak 7 tangga ke kedudukan 130 dunia ketika ini.

Cabaran terbesar pasukan adalah untuk mengharungi Piala Asia sebelum meneruskan perjuangan di Kelayakan Piala Dunia 2026 pada bulan Mac kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram