Stuart Ramalingam Beri Bayangan Tentang Masa Depan Kelantan
Liga Super
Azri / MakanBola
Advertisements

Masa depan Kelantan FC sama ada kekal di Liga Super atau tidak bakal diketahui tidak lama lagi.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam bila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Menurut Stuart, First Instance Body (FIB) bakal mengadakan mesyuarat pada minggu ini selepas menerima semua maklumat yang diminta daripada pasukan itu.

Advertisements

“Dia telah menghadapi dua tarikh tutup yang telah ditetapkan oleh FIB (iaitu) pada 30 November dan 30 Disember. 30 Disember ialah tarikh bayaran kepada tunggakan gaji pemain tempatan.

“Laporan mengenai perkara tersebut telah diserahkan kepada FIB. Saya ada berjumpa dengan pengerusi FIB petang tadi iaitu badan pelesenan MFL.

“Satu mesyuarat bakal diadakan pada minggu ini bagi membincangkan status pasukan Kelantan. Tanpa memberitahu apa yang telah dibincangkan, untuk makluman semua, MFL tidak mengambil keputusan FIB yang mengambil keputusan tentang lesen.

Advertisements

“(Kita) perlu menghormati proses FIB tersebut. Tetapi saya boleh katakan di sini, FIB memandang serius isu-isu yang melanda Kelantan selain bayaran lewat tetapi isu-isu yang kita dengar melalui pembayaran tersebut,” katanya panjang lebar.

Sebelum ini, Lesen Kebangsaan Kelantan untuk musim 2024-2025 digantung oleh FIB selepas gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji. Lantaran itu, The Red Warriors diberi tempoh sehingga 30 November ini untuk melengkapkan semua dokumen pembayaran.

Sekiranya Kelantan masih gagal memenuhi apa yang diminta oleh FIB, pasukan itu berpotensi beraksi dalam saingan Liga M3 musim hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram