Subkhiddin: Hong Wan Sepatutnya Dilayangkan Kad
Dunia
FAM
Advertisements

Umum mengetahui pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan pasukan tuan rumah, Terengganu FC dengan keputusan 2-1 semalam. Ini sekali gus mengukuhkan cengkaman JDT di takhta Liga Super musim ini.

Namun begitu, terdapat insiden yang berlaku di atas padang semalam. Insiden itu memperlihatkan pemain tengah JDT, Hong Wan yang melakukan terjahan keras ke atas pemain Terengganu, Syafik Ismail. Walau bagaimanapun, tiada layangan kad diberikan oleh pengadil.

Bekas pengadil bola sepak, Subkhiddin Mohd Salleh mempunyai pandangan beliau tersendiri mengenai insiden tersebut.

Advertisements

“Terlebih dahulu maaf, saya tidak berminat untuk membicarakan soal personaliti pengadil, apalagi meletakkan pelbagai gelaran jelek kepada seseorang pengadil. Saya harap yang bertanya kepada saya harus memahaminya.

“Nombor 6 (Hong Wan) berlari dari satu jarak dan melakukan aksi sliding tackle pada kelajuan tinggi. (Hong Wan) gagal mengawal badannya yang terus ‘menggelongsor’ dan menyebabkan force berterusan di point of contact lawannya.

Decision; Saya berpendapat Blue-6 bersalah untuk kesalahan serious foul play dan kad merah sepatutnya diberikan.

Advertisements

Ini bermakna, Hong Wan telah terselamat dari dilayangkan kad merah. Pemain muda JDT itu telah dilayangkan kad kuning pada minit ke-49 sebelum itu. Namun begitu, keputusan pengadil adalah sesuatu yang muktamad dan ianya hanya mampu dinilai semula dan diambil tindakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram