Tamatnya musim bunga di Jepun yang tamat pada hujung bulan Mei baru-baru ini memberi maksud Jepun bakal beralih ke musim panas.
Lebih menarik untuk kita ketahui adalah musim panas di Jepun lebih ‘bahang’ berbanding di Malaysia sendiri dan kebetulan Johor Darul Ta’zim bakal bertemu Urawa Reds di Jepun pada musim panas yang suhunya boleh mencecah 37° celcius.
Semasa pengumuman berkaitan lokasi pusingan kalah mati Liga Juara-juara AFC (ACL) diumumkan bakal diadakan di Jepun ramai yang menjangka faktor cuaca bakal jadi masalah buat pemain JDT namun perkara yang sebaliknya berlaku.
Bermula Jun hingga penghujung Ogos, Jepun mengalami peralihan 4 musim pada kedudukan musim panas sebelum beralih ke musim luruh yang bakal menjadi sedikit dingin sama seperti cuaca di Cameron Highland dan Genting Highland.
Kelebihan Buat Pemain JDT
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah biasa bermain dan berlatih dalam keadaan panas dan ianya telah terbukti semasa mereka berjaya mendominasi perlawanan menewaskan Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 & 30 April lalu.
Semasa sesi latihan pertama JDT di Jepun pada 15 Ogos 2022 berlangsung, para pemain turut dilihat berpeluh sama seperti sedang berlatih di Malaysia malah ianya kelihatan seperti lebih panas berbanding negara kita sendiri.
Selain memiliki barisan terbaik pernah Harimau Selatan miliki, JDT turut hadir dengan rekod cemerlang dalam saingan kumpulan ACL ditambah faktor cuaca panas yang bakal memberi kesukaran buat pemain Jepun yang sudah terbiasa dengan cuaca dingin selama 9 bulan setiap tahun.
JDT bakal bertemu Urawa Reds dalam saingan kalah mati zon Asia Timur pada Jumaat, 19 Ogos 2022 jam 7:00 malam di Stadium Saitama, Midori-ku.