Sumareh Catat Penilaian Tertinggi Pemain Malaysia Bertemu Myanmar
MakanBola
Malaysia NT

Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohamadou Sumareh meraih mata tertinggi dari segi penilaian selepas aksi pertama Kumpulan B ASEAN Hyundai Cup 2026 antara Malaysia menentang Myanmar.

Penilaian Sofascore untuk perlawanan itu menyaksikan Sumareh merekodkan markah tertinggi dalam kalangan pemain negara iaitu 7.4.

Selain kerap melakukan larian yang mencemaskan benteng Myanmar, bekas bintang Sri Pahang FC itu juga memainkan penting untuk dua gol Malaysia dalam aksi sama.

Tandukan Sumareh dalam situasi sepakan sudut membawa kepada gol penyamaan yang dijaringkan kapten skuad kebangsaan, Paulo Josue pada minit ke-52.

Lima minit selepas itu, terjahan keras pemain Myanmar yang cuba menghalang larian beliau membawa kepada sepakan penalti. Penalti itu mudah disempurnakan Josue untuk gol kemenangan Harimau Malaya.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Kuala Lumpur City FC (KL City FC) itu berkongsi markah 7.2 dengan dua lagi pemain, Endrick dos Santos dan Ubaidullah Shamsul Fazili.

Kecemerlangan kuartet ini juga memastikan Malaysia mengekalkan rekod tidak tewas dalam semua aksi pembukaan kejohanan dalam setiap edisi.