Sunil Chhetri Dedah India Pantau Rapi Persiapan Australia
MakanBola
Indian Football Team

Sunil Chhetri mendedahkan India kini memantau rapi persiapan bekas juara Piala Asia 2015, Australia menjelang aksi pertama kumpulan B pada Sabtu ini.

Menurut Sunil Chhetri, India telah mengkaji aksi persahabatan Australia dan kemampuan setiap pemain Australia.

Ad

“Kami telah melihat perlawanan persahabatan menentang Palestin dan Bahrain, kami tahu pemain mereka bermain di liga mana dan kami mempunyai info setiap daripada mereka.”

Ad

“Setelah mengkaji, timbul rasa gerun. Saya akui mereka amat bagus. Beberapa pemain mereka lebih hebat daripada taraf pemain liga India.”

“Namun sekurang-kurangnya kita tahu kemampuan lawan kita, pasukan Australia.” ujar Chhetri menurut AFC.

Ad

Penyerang veteran itu turut mengakui Australia dan Uzbekistan kini sudah setanding pasukan Piala Dunia dan India perlu mempersiapkan diri sebaiknya.

Ad

“Kami bekerja keras minggu lalu, ada pemain yang semakin cergas dan ada juga yang semakin menyesuaikan diri di sini.”

Ad

“Mereka semua fokus terhadap Piala Asia dan keserasian para pemain semakin terserlah.” ujarnya lagi.

sunil chhetri 1 Sunil Chhetri Dedah India Pantau Rapi Persiapan Australia
Indian Football Team

Sunil Chhetri yang kini berusia 39 tahun bakal menjadi taruhan India dibahagian serangan setelah pemain itu menjaringkan 9 gol buat pasukan India pada tahun lalu.

India ditempatkan dalam kumpulan B bersama-sama Australia, Uzbekistan dan juga Syria.

Persiapan India sebelum ke Qatar sedikit terganggu apabila aksi persahabatan India menentang China terpaksa dibatalkan kerana isu pertembungan jadual.

India kini menjalani latihan berpasukan dan tidak mengadakan sebarang aksi persahabatan sebelum bermulanya Piala Asia 2023.

Berbeza dengan seteru mereka, Australia yang sempat mengaturkan 1 aksi persahabatan menentang Bahrain tempoh hari.

India dan Australia sebelum ini pernah bertembung dalam peringkat kumpulan sewaktu Piala Asia 2011 dimana pasukan India tewas 4-0 kepada Australia.