Asia
IG Supachai.9
Advertisements

Agak jarang untuk kita lihat seorang anak tempatan menjadi penjaring terbanyak liga. Lebih-lebih lagi jika liga tersebut masih rendah tarafnya seperti liga-liga di Asia Tenggara.

Bagi liga di Asia Tenggara, kebanyakan penjaring terbanyak pastinya dikuasai oleh ‘awang import’. Perkara sebegini adalah satu perkara yang biasa terjadi kerana sudah pastikualiti pemain import lebih baik dari pemain tempatan.

Namun sebaliknya berlaku di Liga Thailand apabila penyerang kebangsaan Thailand, Supachai Jaided kini menjadi pendahulu penjaring terbanyak dengan 14 gol keseluruhan dalam 24 perlawanan.

Advertisements

Lebih menarik lagi, pemain yang beraksi bersama Buriram United ini baru saja berusia 23 tahun. Kini beliau berkongsi sebagai pendahulu penjaring terbanyak Liga Thailand bersama penyerang import Nongbua Pitchaya FC, Hamilton.

Selain dari 14 gol yang dijaringkan oleh Supachai, beliau juga cemerlang dengan berjaya mencipta 5 bantuan gol.

Dengan prestasi terbaik dipamerkan Supachai Jaided bersama Buriram, pastinya skuad kebangsaan Thailand selepas ini tidak perlu lagi khuatir mengenai pengganti yang sesuai bagi menggantikan penyerang prolifik mereka, Teerasil Dangda yang bakal menginjak ke umur 34 tahun.

Advertisements

Bagaimana pula dengan penyerang Malaysia? Diharapkan pada musim ini penyerang-penyerang tempatan negara kita mampu bersaing dengan penyerang import dan mampu menjadi penjaring terbanyak tidak kira sama ada di Liga Super mahupun Liga Premier.

Untuk rekod, pada musim lalu, Baddrol Bakhtiar menjadi penjaring terbanyak Liga Super bagi kategori pemain tempatan dengan mengumpul 7 gol dalam 21 perlawanan.

Supachai Top Scorer Supachai Jaided Buktikan Bisa Anak Thailand Lebih Menyengat Dari Bisa Penyerang Import
Supachai mendahului penjaring terbanyak di Liga Thailand berkongsi kedudukan bersama Hamilton. (Sumber: Transfermarkt)
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram