Bintang muda Thailand, Suphanat Mueanta sah mengikut jejak langkah bintang muda Indonesia, Marselino Ferdinan beraksi di liga Belgium.
Ini selepas Buriram United mengesahkan perpindahan pinjaman Suphanat ke kelab Belgian Pro League, OH Leuven selama semusim.
Pemain tengah berusia 21 tahun itu akan pulang ke Belgium selepas menjalani latihan bersama Leicester City bagi melengkapkan permit kerja di sana.
Apabila urusan permit Suphanat dapat dimuktamadkan secepat mungkin, ini akan membolehkannya menyertai latihan pasukan yang dibimbing Marc Brys itu.
Dengan kedua-dua kelab dimiliki oleh pemilik sama iaitu Aiyawatt Srivhaddhanaprabha, ada yang melihat ini sebagai pentas Suphanat membuktikan keupayaannya di liga Eropah sebelum menyertai The Foxes. Leicester kini beraksi di Liga Kejohanan selepas tersingkir dari saingan EPL musim lepas.
Biarpun mereka kini beraksi di liga Belgium, Marselino dan Suphanat beraksi dalam divisyen berbeza. OHL Leuven beraksi dalam saingan tertinggi Belgium dengan KMSK Deinze pula beraksi dalam Challenger Pro League (divisyen dua Belgium).
Sungguhpun begitu, prospek melihat kedua-dua bersaing di atas padang dalam pertandingan piala di negara itu pasti akan dinantikan penyokong Thailand dan Indonesia.