Advertisements
Swiss Open: Goh Soon Huat & Shevon Lai Ke Final, Leburkan Tentangan Regu Belanda
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Regu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai kembali ke pentas final Swiss Open 2024 buat kali ketiga awal pagi ini.

Ini selepas regu campuran ke-14 dunia itu mengatasi cabaran regu Belanda, Robin Tabeling dan Selena Piek di peringkat separuh akhir.

Dari segi rekod pertemuan, Soon Huat-Shevon memiliki kelebihan kerana mengatasi Tabeling-Piek dua kali dalam dua perlawanan sebelumnya.

Dan kelebihan itu dimanfaatkan mereka pada set pertama. Meskipun cuba disaingi regu campuran ke-15 dunia itu, Soon-Huat-Shevon berjaya meraih kemenangan menerusi keputusan 21-18.

Set kedua menyaksikan Tabeling-Piek berusaha keras untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaimanapun, Soon Huat-Shevon bijak mengawal tempo permainan sebelum meraih kemenangan set kedua dengan keputusan 21-16.

Final regu campuran Swiss Open 2024 bakal menemukan mereka dengan rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei.

Ini selepas regu campuran kesembilan dunia itu mengatasi tentangan regu Taiwan, Ye Hong Wei-Lee Chia Hsin dengan keputusan 21-16 21-12 dalam satu lagi aksi separuh akhir.