Piala Dunia
Usher Komugisha
Advertisements

Switzerland terpaksa bekerja keras sebelum membenam cabaran Serbia 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan G Piala Dunia 2022. Dengan kemenangan tersebut, ini membolehkan mereka mengiringi Brazil layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022.

Xherdan Shaqiri Switzerland Piala Dunia 2022 CBS Sports Golazo Switzerland Iringi Brazil Ke Pusingan Kalah Mati Piala Dunia
Xherdan Shaqiri meraikan jaringan pertama Switzerland pada minit ke-20. Gambar: CBS Sports Golazo

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang sebaik sepak mula. Rossocrociati mendahului seawal minit ke-20 menerusi Xherdan Shaqiri. Djibril Sow menerima hantaran Ricardo Rodriguez sebelum membuat hantaran kepada Shaqiri. Bekas pemain Stoke City itu kemudiannya merembat kencang melepasi penjaga gol Vanja Milinkovic-Savic.

Bekas penyerang Newcastle United, Alexander Mitrovic meraikan jaringan penyamaan Serbia. Gambar: Statman Dave

Begitupun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Alexander Mitrovic menyumbat gol penyamaan tujuh minit selepas itu. Bermula daripada gerakan bekas pemain Southampton Dusan Tadic, penyerang Fulham itu menanduk bola ke arah gol melepasi Yann Sommer.

Advertisements

Serbia kemudiannya mendahului menerusi rakan gandingan Mitrovic, Dusan Vlahovic pada minit ke-35. Sekali lagi, gol terhasil menerusi gerakan cantik Tadic sebelum melorongkan bola kepada penyerang Juventus itu. Vlahovic bijak mengatasi cabaran pemain-pemain Switzerland sebelum menyumbat gol kedua Serbia.

Tetapi kelebihan Serbia itu gagal bertahan lama apabila Rossocrociati menyumbat gol penyamaan sebelum rehat. Kali ini, giliran Silvan Widmer pula melakukan hantaran kepada penyerang AS Monaco, Breel Embolo untuk gol keduanya dalam Piala Dunia. Kedudukan 2-2 kekal sehingga rehat.

Remo Freuler cipta sejarah sebagai pemain Forest pertama menjaringkan gol dalam Piala Dunia selepas legenda Belanda, Pierre van Hooijdonk melakukannya pada 1998. Gambar: Callum Castel

Selepas rehat, Switzerland pula mendahului lawan mereka menerusi pemain tengah Nottingham Forest Remo Freuler pada minit ke-48. Bermula dari Embolo, penyerang Monaco itu membiarkan Shaqiri melakukan hantaran kepada Ruben Vargas sebelum penyerang FC Augsburg itu melorongkan bola kepada Freuler untuk gol ketiga Rossocrociati. Itu juga merupakan gol pertama pemain Nottingham Forest dalam Piala Dunia selepas Pierre van Hooijdonk melakukannya pada 1998.

Advertisements

Serbia berusaha mencari gol penyamaan tetapi Switzerland kental bertahan menyerap asakan mereka. Malah, Rossocrociati hampir saja menambah gol keempat menerusi sepakan percuma bek tengah Manchester City, Manuel Akanji pada minit ke-83 tetapi percubaannya hanya mengenai bahagian sisi gol. Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat permainan.

Dengan kemenangan ini, Rossocrociati mengiringi Brazil sebagai naib juara Kumpulan G. Switzerland bakal berdepan Portugal dengan Korea Selatan menentang Selecao. Kedua-dua pasukan harus berada pada tahap terbaik sekiranya mahu layak ke peringkat suku akhir.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram