Advertising
Syafiq Ahmad Bawa Berita Baik Sebelum Hadapi Singapura
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Penyokong Harimau Malaya ceria apabila penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad dilihat semakin pulih daripada kecederaan yang dialaminya.

Sebelum ini, nama penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) itu terpaksa disisihkan pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente kerana mengalami kecederaan buku lali.

Ad

Kecederaan tersebut dialami dalam aksi kedua Kumpulan A menentang Timor Leste pada 11 Disember lalu. Situasi itu menyebabkan Pau Marti memasukkan pemain sayap Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Fazrul Amir Md. Zaman sebagai pengganti.

Ad

Kecederaan sama turut mengakibatkan Syafiq terlepas peluang beraksi dalam aksi menentang Thailand pada 14 Disember lalu.

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan Syafiq dan rakan penyerang, Darren Lok sibuk membina tahap kecergasan mereka menjelang aksi terakhir kumpulan menentang Singapura.

Ad

Seperti Syafiq, Darren juga mengalami kecederaan semasa menentang Timor Leste. Situasi itu mendorong Pau Marti memasukkan Fergus Tierney sebagai penggantinya.

Ad

Zulhelmi turut memuat naik video dua penyerang berkenaan menjalani latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya. “(Tahap kecergasan) dalam proses. Darren Lok dan Syafiq Ahmad!” katanya di X.

Ad

Sekiranya kedua-duanya kembali cergas, ini bakal memberi lebih banyak pilihan buat Pau Marti di bahagian serangan menjelang aksi menentang The Lions.

Malaysia dan Singapura bakal berentap di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 20 Disember ini. Aksi ini cukup penting kerana ini menentukan pasukan mana berpeluang layak ke separuh akhir ASEAN Championship 2024.